Feb 20, 2012

Xde Tajuk - Hantam saja la labu...

Kualiti kerja bukanlah bergantung kepada berapa lama kita duduk di opis untuk membuat kerja-kerja, tapi ialah berapa banyak kerja dapat kita selesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kalau duduk di opis pagi sampai petang tp satu apa kerja pun tk siap xde gunanya, borak ho ha ho ha, ngumpat, gosip dll samalah mcm mkn gaji buta. Kekadang terfikir jugak nape agaknya anak org tu perangai serupa samseng, sering melakukan salah laku disiplin dn lebih teruk lg kalau terlibat dengan dadah atau jenayah. Mungkin kerana mkn yg diberi makan kepada anak2 itu datangnya dari sumber yg tidak suci, atau mungkin dtg dari keluarga yang pincang, atau mewarisi perangai buruk ibubapa mereka. Atau mungkin juga itu adalah balasan yg diterima secara tunai, atas segala perbuatan, penganiayaan yg dilakukannya terhadap orang lain.

Aku ada seorang kawan yang mengadu akan anaknya dimasukkan ke Pengasih. Katanya, dia hairan kenapa anaknya boleh jadi sebegitu, seakan dia tidak percaya dengan apa yang menimpa. Bila perkara buruk menimpa anak kita, kita sering menyalahkan yang menjadi kawan kepada anak kita. Akan dikatanya kawan2 dia teruk perangai dan bla... bla... bla... Dia lupa bahawa Allah itu maha adil, jika begitu rupa bentuk acuan, begitu jugalah kuihnya menjadi. Jika dia kuat maki hamun, tak hairan kalau anak2nya juga kuat maki hamun. Ada juga yg mengadu, kenapa anaknya tak secerdik dia yg berpelajaran dn berjawatan tinggi. Terlalu sedikit nisbahnya, ibubapa yang betul2 baik dapat anak serupa setan... itu mungkin insan2 terpilih yg Allah mahu uji keimanannya. Biasanya... kalau anak berperangai biadap, kita boleh agak kemungkinan ibubapanya juga sedemikian perangainya... bak kata pepatah, bapak borek anak rintik.

Hanya guru yang tahu perangai pelbagai jenis manusia... saban tahun beratus manusia mereka jumpa, masuk dan keluar. Murid yg baik, biasanya datang dari keluarga yg baik... yg nakal, yg mengada, yg manja dn yg paling tk tahan ialah murid yg kurang ajar (biadap). Biar bengap xpe, boleh diajar dan didoakan semoga berjaya... tapi kalau biadap, tgk muka pon meluat. Kalau biadap kemudian insaf di musim exam xpe... ini ada yg sampai saat ambik result SPM pun masih bersikap biadap terhadap guru dan sekolah, akhirnya semasa dalam perjalanan pulang murid ini kemalangan dasyat dan meninggal dunia. Sudah tentulah ada iktibar di sebaliknya...

Harini rasa agak kebengangan bila waktu mengajar ditambah 5 minit setiap waktu p&p hanya kerana perhimpunan pagi bermula lewat bila PA Sistem bermasalah. Dah la aku bekerja Sabtu & Ahad menyiapkan persembahan utk majlis tadi, lepas tu kena mengajar 5 waktu dn pd masa yg sama kena key-in SDM... tup2 dapat jadual minta balik lewat. Kalau nak tambah masa biarlah sedari awal pagi, sampai turn kelas kita masuk ikut jadual asal, tapi balik lewat...

Bukan masalah balik lewat itu yg jd isu, aku dah biasa balik lewat setiap hari... tapi rasanya tak perlulah sampai ke tahap itu, boleh lebih kurang... ada masa2 kita bekerja lebih masa, balik petang, mlm dtg balik, datang hari Sabtu dn mcm2 lg aktiviti di luar waktu persekolahan. Boleh timbal balik di situ. Aku sendiri biasa bawa balik kerja sekolah ke rumah... siapkan di rumah supaya tk ganggu waktu p&p, tapi bila jd perkara mcm ni... aku rasa dh malas nk bawak kerja balik ke rumah. Sblm ni xde pulak jd mcm tu, perhimpunan habis lewat sikit2 tu prkara biasa. Tu pun nak kira.... huhuhuhu

0 mengulas: